kadang kadang aku terfikir, siapa aku di matanya.
siapa aku sebenarnya dihatinya?
adakah aku hanya perempuan simpanannya?
Kadang kadang aku terlalu sedih akan layanannya terhadapku. Terasa juga diri ini dipergunakan. Terasa juga diri ini hanya peneman dikala sepi. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Patutkah aku menjauh darinya? Atau aku harus menunggu? Sungguh hati ini tidak mampu berkata apa lagi. Mahu dikatakan tawar hati tapi hati ini masih sayang akan dirinya. Sungguh aku merasa dipergunakan oleh nya. Aku tahu dalam masa yang sama dia bersama perempuan lain. Bila dihadapan ku seakan dia bersama aku sahaja. Tapi dibelakang? Sungguh sakit apabila diperlakukan begini. Sampai bila aku akan terus bertahan? Sampai bila dia akan hargai apa yang ada didepan matanya. Belum cukupkah aku untuk dirinya? Apa lagi yang dimahu oleh nya dari aku? Banyak persoalan yang berada diminda aku pada ketika ini. Namun persoalan aku tidak akan pernah terjawab. Aku tahu,suatu hari kelak aku memang akan pergi dari hidupnya. Sungguh aku pegang dengan kataku. Kerana aku merasa diri ini tidak diperlukan lagi dalam hidupnya. Aku mengingati setiap kata kta nya. Aku akan pegang dengan kata itu. Aku suka menyakiti diriku sendiri.
Friday, 30 August 2019
Keliru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment