Aku merasakan aku benar benar pergi dari hidupnya. Dia tidak memerlukan aku lagi. Sungguh, kata katanya membuat aku kembali sedih kerana dia seakan akan menyuruh aku pergi dan mulakan dengan hidup baru. Bagiku itu ada kiasan yang lembut tetapi mendalam yang amat sakit.😢 Aku sedar siapa diri aku sebenarnya. Kisah cinta aku tidak seindah kisah cinta yang lain. Kisah aku penuh dengan dugaan yang amat menyakitkan. Aku tidak tertanggung lagi menahan segala perit di hati. Sakit hati di hati belum pulih sepenuhnya, tetapi hari ini makin teruk dirasaku. Apa lagi dugaan yang Engkau berikan kepada ku ya Allah. Adakah aku memang tidak layak untuk semua ini? Sungguh, aku merasa kosong dan tidak mahu merasa lagi benda ini. Hati ku tidak pernah di hargai oleh orang sekeliling. Dia ingin melihat ku sembuh, tetapi dia menyuruh ku pergi dan buat kehidupan baru. Aku tidak tahu mahu berkata apa lagi. Kalau itu yang dia mahu, aku akan buat. Kerana aku sayang, aku melepaskannya. Aku akan pergi dari kehidupan nya. Jika itu yang dia mahu. Aku paham. Semua perkara tidak sepatutnya dimiliki bukan? Itulah realiti. Kita mesti terima. Biarlah aku membawa hati yang lara ini memang aku layak menerimanya. Aku tidak layak bahagia dengan orang yang aku sayang. Biarlah, takdirku begini. Aku reda apa yang berlaku. Doa adalah menjadi kekuatan bagi ku untuk nya dari jauh.😢
No comments:
Post a Comment